Saturday, April 3, 2010
Pukul berapa Datuk Harimau....?
Pernah suatu ketika secara sinis dan dengan nada lelucon, seorang guruku mengajarkan akan betapa hinanya kita-kita ini dimata orang seandainya kita-kita ini tidak berduit....
Katanya....
"...Seorang pemuda yang kegelisahan lantaran bimbang keretapi yang dinaikinya itu tidak sampai ke destinasi seperti yang dia harapkan, dia pun bertanya kepada seorang penumpang yang duduk disebelah kerusinya, yang mana merupakan seorang lelaki agak berumur.
"Maaf, Pukul berapa sekarang pakcik?"
"Aku tidak akan jawab soalan kau itu!"
Terpana pemuda tadi.
"Ehh! kenapa pulak pakcik?"
"Kalau aku jawab soalan kau tu, kita akan mulai berkenalan dan berbual panjang. Sampai aku akan turun ke stesen yang mana isteri anak perempuan aku telah menunggu aku. Dan kau pulak bila tengok anak perempuan aku, kau pun ikut turun sekali. Mahu tak mahu terpaksa aku perkenalkan kau kepada isteri dan anak perempuanku. Isteri aku pulak ajak kau makan dirumah sekali. Dan setelah kau datang makan di rumah aku, yang mana anak perempuan aku yang hidangkan kau pun terus melekat, tidak mahu pulang-pulang. Akhirnya kau tidur dirumah aku. Lama-kelamaan kau pun bertambah mesra dengan keluarga aku, terutamanya anak Perempuan aku. Dan kemudian kau mintak izin nak bernikah dengan anak perempuan aku. Dan aku tidak sekali-kali sudi mempunyai seorang anak menantu yang tidak memiliki WANG untuk membeli JAM.......................................!!"
Aduyaii...
Kuat betul imaginasi orang tua ini.....
Subscribe to:
Posts (Atom)