Thursday, July 8, 2010

Jangan ambil nyawamu



Berada ditempat sebegini tinggi benar-benar akan merasa ayub. Takut.
Akan terlalu sayupnya ke dasar lembah.
Entah apa dan bagaiman bentuk dibawahnya lantaran ditutupi dedaunan dari pohon-pohon nan tumbuh segar.
Dan lantaran tidak mampu menerka bentuk dan apa yang ada dibawah itu jualah yang menimbulkan rasa ketakutan pabila berada di tebing tinggi itu.....


Tapi tidak pada Helmi.

Lantaran sudah hitam hatinya, pejal tekadnya dan buta nalurinya.
Perlahan dia kian menghampiri sudut tebing nan paling hujung. Hanya tapak kakinya berada diatas tebing sedang hujung ibu jari kakinya sudahpun tergantung. Berada di awangan

Sendunya kian deras dan meninggi.
Dihelakan nafas sekuatnya. Selah nafasnya yang penhujung-hujungnya.
Dan ia sedari itu.
Jari jemarinya digenggam pula. Seakan tahu benar sakit nan akan ditempuh sebentar lagi.
Sebegitu tekad dia ingin menghabisi nyawanya sendiri.
Lantaran sudah tiada ruang, langit dan udara untuknya untuk terus menjalani hidupnya.

"Wani..."

Nama itu yang terhembus dari mulutnya, Senada dengan hembusan nafasnya.
Anak gadis itu sudah merampas segalanya.
Ya!! anak gadis itu...
Sanggup dia meregut jantung nan satu-satunya dimilikinya. Dihempaskan dan diinjak-injaknya hingga tak tersisa sedikitpun.
Lantas anak gadis dan teman lelaki barunya ketawa berdekah-dekah meningkat langit.
Terus berjalan meninggalkan Helmi nan separuh nyawa menanggung parah kecewa.
Hampir separuh gila dia. Demi anak gadis nan amat dicintainya yang kini tega meninggalkannya dan membuat luka sebegini.


Bahagialah kau hai perempuan.. Bahagialah!
Dan demi kan kau saksikan seorang lelaki nan mati kerana kecantikanmu...
Terkorban kerana cahaya palsu cintamu!!!

Dilulurkan air matanya buat penghabisan.
Genggamannya kian erat. Dan Angin kian melirih. Seakan turut berduka.
Melihat telatah dan kerenah watak manusia ini.

.. Dan tanpa berfikir terlebih lama, Helmi menghirup nafas...Sedalam-dalamnya...
Dipejamkan mata.
Dan dengan kedua-dua kakinya, ia melonjakkan tubuhnya setinggi mungkin untuk dibiarkan jatuh terhempas sehancur mungkin.

HHIIYAAAARGHHHHHH!!!

Melayang tubuh Helmi. Lama.
Deruan angin kian deras di tepi telinga, tapi dipekakkan oleh jeritannya sendiri.
Suara-suara unggas rimba sempat menjengah jua.
Kian laju tubuhnya jatuh.
Laju.....
Dan kini menyinggahi daun-daunan.

Thudd!!

Tiba-tiba....
Tubuh Helmi disambut dahan pohon nan tajam.
Tiba dipipinya.
Mengoyakkan kulit nan melekat disitu... Menampak isi nan memerah.
Dadanya menghentak bahagian dahan lain. Kuat.
Dan Sebahagian kayu mengoyakkan seluar jeans dan terbenam didalam kulit pehanya...

Perih!!!
Ngilu!!!
Sakit!!
Sakittttttttttt!!

Tubuh insan kamil itu terus terjatuh.

Akibat tersanggah di dahan tadi, tubuhnya sedikit berputar.
Kini kepalanya dan menjunam terlebih dahulu.
Dan Helmi sempat melihat dibawahnya ada tunggul nan sedia tertegak, agak terkiri dari laluan jatuhnya.

THUUUUMMPP!!!!

Tubuhnya menjamah tanah.
Kepala sempat terkena tunggul tadi. Mematahkan tulang lehernya.
Mencarik sejumlah kulit kepalanya. Membuakkan darah merah pekat.
Kakinya pula menghempas batu-batu nan ada disekitar situ. Mematahkan tulang-tulang kakinya.
Organ-organ dalamnya ada hancur akibat impak jatuh sebegitu.

Sakit nan amat perit benar-benar menunjangi kepalanya.
Darah kian membuak-buak membasahi mulutnya. Membasahi bajunya nan sudah tercarik-carik.
Terasa sakit nan teramat sakit!!
Tapi Helmi dapat merasakan teramat sakit itu kerana... kerana Helmi masih hidup!!!
Helmi masih bernafas.....

Matanya sudah kabur, dipenuhi dengan darah nan bergenang.
Bukan saja disitu tapi diseluruh tubuhnya.
Helmi takkan mampu bergerak.
Walau seinci pun.
Walau untuk menggerakkan jari kelingkingnya pun.
Menjerit pun dia sudah tak mampu. Mungkin tenggorokkannya juga sudah parah.
Atau sudah hancur juga.
Hanya air mata.... air mata yang masih mengalir

Memandang kosong ke atas....
melintasi pohon-pohon dan dedaunan

Diatas segalanya... Sayup-sayup suara angin melirih dan unggas-unggas rimba kian bernyanyi.

Lagu alam.

Ada Yang Lebih Tahu



Azhar tumpang kereta Wahid.
Jalan-jalan pusing-pusing.
Dengan menaiki kereta itulah.
Meniti wajah petang nan kian membias.
Suara gelak ketawa gurau tepuk tampar antara mereka kian akrab.
Disulami cerita-cerita nan manis penghias perbualan.
Bahkan ada juga cerita yang sudah berkali berbangkit.
Sengaja disebut.
Untuk menghamparkan lagi hilai ketawa nan melengking.
Tampak begitu mereka ini sahabat.
Sahabat nan `kami ini satu'.


Azan Asar sayup memintas udara petang.
Sayup juga meniti telinga Azhar serta juga Wahid.
Wahid memandang Azhar, Azhar pula tidak membilang waktu membalas pandangan Wahid.
Sama-sama tersenyum.
Kata-kata bicara nan tadinya memenuhi ruangan , terus mati tergeletak dilantai kereta.
Dan kereta kian menghampiri masjid se`wilayah' itu.
Memang masjid itulah.
Azhar keluar dulu.
Wahid agak terkemudian.
Lantaran tutup enjin.
Tutup itu.
Tutup ini.
Terus keluar.
Tanpa sebarang tanda sebagai penyambung bicara terus memasuki perkarangan masjid.

Sedang memasuki ruangan wuduk, Wahid membatas langkah.
Membelakang.
Ada nan tertinggal didalam kereta. Katanya.
Langsung berpusing menuruni tangga nak agak meninggi.
Seakan sampai kereta, Wahid membelok.
Seakan juga bersembunyi.

Tertinjau-tinjau.
Disebalik pohon-pohon nan kian malu diperlakukan sebegitu.
Terus berjalan perlahan menuju ke kedai minum berhampiran.
Duduk dan memesan minuman pada mamak nan tiada pasti islamnya.
Sambil tersenyum dan membilang waktu.
10 Minit lagi.
Mesti kembali ke masjid.
Mesti sama dengan orang lain keluar masjid.

"Ahh!! Mamat tu bukannye tau pun......"


Azhar pula.
Membasuh muka.
Hanya muka.
Dan itu saja.
Terus berdiri.
Berjalan dikalangan orang orang nan kian memenuhi saf.
Tapi Azhar lain.
Dia lebih kebelakang.
Perlahan-lahan.
Kian Menghampiri bilik Siak dan terus hilang dari orang-orang tadi.
Perlahan jua duduk disudut nan tersembunyi.
Duduk menyandarkan badan.
Terdengar suara Qamat.
Azhar cuma senyum dan sedikit mengeluh.
10 minit lagi.
Mesti kembali ke pintu ruang sembahyang.
Mesti sama dengan orang lain keluar masjid.

"Ahh!! Mamat tu bukannye tau pun..............................."



Sunday, July 4, 2010

Antologi Pasar Malam



SATU (1)


Ntuk kesekian kalinya, aku kembali menyelusuri jantung pasar malam nan sekali seminggu ber`suara', dangan wajah warna warni, berkelipan dan terkadang bernyanyi-nyanyi berlagu suka, demi menarik seramai mungkin manusia untuk menjelajahi seluruh dada jantungnya...
Nahh! kali ini menjadi lebih menarik dan `mengancam' dengan lampu-lampu listrik pelbagai warna, dan letupan genderang laksana badai perang kian menggila... benar-benar menghidupkan suasana pasar malam pada malam itu.

Dan aku,..
aku masih duduk dimeja ini... meja nan ini.

Dengan sehidang Mee Bakso yang sudah habis dinikmati..
panas, pedas dan lazatnya yang masih tersanggah ditenggorokan hingga membenihkan rasa nan tak putus-putus lazatnya..
Sehelai dua daun dari pohon ketapang jatuh melayang-layang dihadapanku. Ada yang sempat singgah diatas mejaku, dan ada yang terus mohon pamit, jatuh terus ke tanah...
Memang pohon ketepang itu hidup segar disini bertahun-tahun, dan memang malam ini anginnya agak melirih dan terkadang menampar halus helai-helai rambut.

Sedang pula mataku kian tertancap ke arah meja dan selang 3 meja dari ku. Dan memang sedari tadi agak asyik aku memerhatikan gelagat 2 insan nan duduk disitu... Lelaki dan wanita. sepasang.


Si gadis nan sudah habis air minuman didalam gelasnya terus menggigit-gigit straw. Seakan suatu nikmat padanya. Dan Si jejaka pula barangkali demi menjaga air mukanya dihadapan orang ramai yang duduk bahkan yang lalu-lalang, dia mula menasihati sibuah hatinya agar berhenti dari terus menggigit straw.
Dan berlaku tarik menarik antara si jejaka cuba melepaskan straw dari mulut dari namun si gadis masih enggan melepaskan ia. Dan aku masih mampu mendengar antara suara si jejaka kepada si Gadis,

"Janganlahhh. Macam budak kecik.."

Tapi nadanya masih rendah dan bersifat manja.
Dan demi mendengar kata-kata si jejaka itu, terus si gadis melepaskan straw itu dan si jejaka melontarkan straw itu di atas pinggan-pinggan bekas hidangan mereka tadi nan masih terlentang tanpa dikemasi.

Perlahan-lahan si gadis mengalih pandangan ke arah bertentangan wajah si jejaka, berpaling... dan perlahan-lahan air matanya mula menitis.

Lantas si jejaka bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah gerai nan berniaga itu. mengambil satu straw dari bekasnya. Kembali ke mejanya dan meletakkan straw itu kembali ke mulut gadisnya.
Si gadis lantas hilang sendunya, mulai menggigit strawnya dengan senyum manis kian melumuri wajahnya, terus mewarnai wajah pasar malam pada malam itu....

Dan daun-daun kian gugur satu persatu. Perlahan-lahan.

Dua (2)


Suatu saat yang lain...
Aku kembali menjejelajahi dada jantung pasar malam itu.
Dan sekali lagi aku terhibur dengan `suara' dan `nyanyian-nyanyian' si pasar malam cuba sedayanya memancing seramai pengunjung.
Aku pula kian hilang dalam keramaiannya, meskipun aku ini hanya datang bersendirian.

"Bang, singgah bang. Sweet corn! Manis bang. Singgahlah bang.."

Aku mendengar suara anak gadis memanggil saat aku melintasi gerai jualannya. Persis! gerai nan menjual jagung kukus (Sweet Corn).
Terus saya aku mendatangi gerainya. Seorang gadis manis, bermekap tebal dan berpakaian agak seksi antara senyumnya terus menerima hadirku.
Ada seorang lelaki (remaja) duduk di meja belakang gadis itu sambil menekan-nekan HP tanpa memandang ke arah ku.

"Jagung satu, air satu." Kataku. Agak galak. Barangkali saja sudah agak lama tidak merasai jagung kukus manis.
"Jagung. Satu je bang?"
"Yup, satu je dik."
"Air, bang?"
"Err,. owhh! ade jual air skali. Ingat gerai lain lain. Air ape ade?"
"Kiwi, soya, oren, anggur, ....."
"Soyalah satu dik.."

Dalam hampir 5 minit, sistem barter zaman moden pun berlaku. Aku tinggalkan gadis manis, gerai jagung kukusnya dan lelaki remaja (entahlah siapa agaknya).
Ku buka bungkusan ku, mengeluarkan cawan berisi jagung. Dan terus mencicipi tanpa berfikir.
Tiba-tiba aku terhenti. mataku terpicing. Pejam.
Masinnya.... Bukan yang sikit-sikit masin.
Terus ku hirup pula air soyaku demi menghilangkan rasa masin nan kian menjalari serata lidahku.
Sekali lagi aku terhanti. Kali ini dengan gelengan kepala.
Hambar.... Seakan tiada apa.
Dalam keluhan aku meninggalkan wajah pasar malam nan tiba-tiba menjadi suram...

............


Selang kemudian harinya..

Aku kembali mendatangi pasar malam nan kali ini pasar malam kian melebar senyumnya demi menyambutku.

"Bang, singgah bang. Sweet corn bang. Mari bang. Manis bang.."

Ahh! suara itu. Gerai itu. Dan gadis itu. Masih lagi gadis itu. Nan masih ternggelam dalam mekap dan senyum-senyumnya.
"Errr,..."
"Alaa..., Meh lah bang. Murah je bang."
Aku kembali menjadi tetamu sementara gerai itu. Dan kali ini bertambah lagi 2 orang Penemannya. Bukan lagi budak lelaki yang sibuk main HP itu, tapi ini orang lain termasuk seorang gadis debab dan berkulit hitam manis.
Dan aku terus mendekati gerai yang pada diriku serasa malap cahaya serinya.

"Jagung satu, air soya satu."
"Ok... Heii Mira, kau tolonglah buatkan ekk? Aku buat abang ni punya."

Baru aku sedari, ada seorang lagi lelaki berdiri disebelahku. Dan gadis debab berkulit hitam manis itu mulai menjalani tugasnya demi memenuhi pesananku.
Dan bila semuanya siap, sekali lagi wang dan makanan minuman itu bertukar tangan.
"Trima kasih ye bang..."
Dan aku masih teragak-agak menikmati makanan ku itu. Akhirnya aku mengalah. Aku mula menikmati jagung kukus itu.
Aku terhenti! memandang jagung kukus ku, dan menoleh kearah gadis debab nan menyiapkan untuk aku.

Sedap...! Menteganya cair seiring dengan garamnya... aduhh!! pandainya dia bikin.
Dan demi aku menghirup air soyaku, aku sekali lagi tergeleng kepala. Kali ini dengan senyuman nan secara refleks tumbuh.
Manis...! Dan aku kembali memandang ke gerai itu, melihat gadis manis bermekap tebal dan berpakaian seksi. Dan aku mencari pula gadis debab berkulit hitam itu...
Sungguh aku sedar akan kebesaran dan keadilan-NYA...

Aku perlajari suatu pelajaran Tauhid pada malam itu.

Dipasar malam.

Malam itu.



Nota kaki: Gambar2 nan tersedia hanyalah sekadar hiasan dan
wujudnya hanya sekadar penghidup suasana...