Sunday, March 7, 2010

Hari itu, orang tua itu...


Sewaktu aku memasuki kawasan parking bangunan, kereta aku pun seakan terputus nyawanya...

Demi aku terpandang seorang lelaki tua nan amat tua, duduk di atas 'divider' betul-betul berhadapanan dengan aku. Dengan songkok yang sudah semakin hilang baldu hitamnya, senget, wajah yang tidak tercukur rapi, rokok daun nan tidak lagi menyala tapi masih tetap teselit dicelah bibir. Baju kemeja yang agak hilang warna asalnya dan sehelai kain kecil tersampang dibahunya. Barangkali saja itu kain sapu tangan atau kain lapnya. Dia duduk sambil merenung,.. jauh ... dan kosong...

Pabila kereta aku benar-benar hampir dengannya, dia terkejut dan bingkas bangun. Senyum. Lantas mencampakkan rokok daunnya. Tanpa disuruh terus mengelap cermin dan badan kereta dengan kain kecil tadi sambil yak putus-putus melempar senyum.

Mungkin atas dasar kasihan atau sememangnya aku berpuas hati dengan hasil kerjanya, tanpa berfikir dua tiga kali, aku menghulurkan sehelai not 5 ringgit. terperanjat besar dia. dia tenung aku, aku tenung dia balik. tapi dengan senyuman, sedangkan dia masih terpinga memandang wang yang aku hulurkan.

"Ikhlas.." bisik aku agak kuat agar dia tidak terus terpana disitu.

Dilipatnya wang itu, dilekapkan kedua-dua belah matanya dan diciumnya. nampaknya benar-benar tersentuh dia.

"Belum... ada yang mahu bersedekah... sebanyak ini, Nak.. Alhamdulillah dan terima kasih banyak. Allah sahaja yang menilai dan membalas jasa baik anak.." Jelasnya menahan sebak.

Dikeluarkannya sehelai sapu tangan yang berpintal-pintal di setiap penjuru, dari poket belakang seluarnya. Dibukanya salah satu pintalan, terlihatlah beberapa keping syiling yang jumlahnya tidak pun sampai seringgit. Dilipatnya duit 5 ringgit tadi dan dipintalnya bersama syiling-syiling itu. Ohh.. Itu dompet dia. Astaga pakcik ni, sampai dompet pun tak ada.

Hari itu, aku membuat kerja sambil mata aku masih melihat-lihat orang tua itu berlari-lari di lautan dada langit. Mengejar usianya..

Selang beberapa hari... .............. ...........

Lalu lagi aku dikawasan itu, tapi hendak membeli sedikit barang kiriman kakak ipar. Pasar pagi dikawasan itu sudah pun melepasi waktu kemuncaknya, jadi jumlah orang yang mundar-mandir makin berkurangan. Sedang aku asyik menjajahi wilayah pasar itu, terpandang oleh ku orang tua tempoh hari. Yang aku ladeni tempoh hari.

Dia berjalan agak mengah lantaran sedang menjinjing dua atau tiga bungkusan yang besar. Dan dia berjalan membelakangi aku, sudah tentu dia tidak melihat kehadiranku disitu. Wahh!! bukan main mewah orang tua ni beshopping sakan... Hari itu bukan main sandiwara tahap dewa..

Tak tahan tertipu sebegitu rupa, aku berlari anak dan memintas orang tua itu. Salam pun aku berikan. Salam yang ada makna tu...

Kali ini benar-benar kaget, terpana dia.. Orang tua itu...

Diletakkannya barang-barang jinjingan dan menghulurkan tangan. Oh.. masih mahu bermain skrip `baik-baik' ya... Nanti kau..

"Wah pakcik (sinis, betul-betul bernada sinis), banyak betul belanja ni. Makan besar lah ni. Mana nak cukup 5 ringgit kan..?"

Wajahnya terus berubah. Merah. Hilang segala senyum dan manis wajahnya.

"Anak menyangka pakcik menipu anak? Anak menyangka pakcik sama seperti segelintir manusia yang menipu demi wang? Terima kasih nak.. Terima kasih. Tak `terbalas' rasanya. Wang anak tempoh hari masih utuh, tidak pakcik gunakan sekalipun, sekarang ambilah kembali. Tiada gunanya pakcik menyimpankannya lagi...."

Terus saja dia mengeluarkan `dompet' sapu tangannya yang berpintal itu. Dibukanya salah satu pintalan, dan terkeluarlah wang 5 ringgit yang aku serahkan tempoh hari. AKU PULA YANG KAGET...

... Dan demi aku melihat kedalam plastik-palstik yang dijinjingnya tadi... kelihatan sayur-sayur rosak dan sudah pun bertukar warna. Ikan-ikan yang sudah pecah perut, mata dan amat hanyir..

Sedarlah aku itu semua adalah buangan para peniaga atau barangkali saja digeledahnya dalam bakul sampah. Kali ini aku benar-benar KAGET. Berpeluh...

"Mungkin jijik anak melihat makanan semua, tapi itulah rezeki pakcik. Dengan itu jugalah pakcik menyara isteri pakcik yang lumpuh. Menghidupkan anak pakcik yang kini di kolej.. Alhadulillah.. Tuhan itu maha Adil, nak. Maha Adil...."

Menghilanglah pakcik itu dengan kenangan jingga antara kami...

Dan tinggallah aku menatap AKU pula melarikan diri bertelanjangan, di lautan dada langit agar tidak dihempas lembayung nan kian memerah itu..

......... .................. ......... ... .....

Seorang sahabat : Betul ke apa yang kau cerita ni?

Aku : Hmmm... (muka serius dan hairan)

No comments:

Post a Comment