Thursday, July 8, 2010

Jangan ambil nyawamu



Berada ditempat sebegini tinggi benar-benar akan merasa ayub. Takut.
Akan terlalu sayupnya ke dasar lembah.
Entah apa dan bagaiman bentuk dibawahnya lantaran ditutupi dedaunan dari pohon-pohon nan tumbuh segar.
Dan lantaran tidak mampu menerka bentuk dan apa yang ada dibawah itu jualah yang menimbulkan rasa ketakutan pabila berada di tebing tinggi itu.....


Tapi tidak pada Helmi.

Lantaran sudah hitam hatinya, pejal tekadnya dan buta nalurinya.
Perlahan dia kian menghampiri sudut tebing nan paling hujung. Hanya tapak kakinya berada diatas tebing sedang hujung ibu jari kakinya sudahpun tergantung. Berada di awangan

Sendunya kian deras dan meninggi.
Dihelakan nafas sekuatnya. Selah nafasnya yang penhujung-hujungnya.
Dan ia sedari itu.
Jari jemarinya digenggam pula. Seakan tahu benar sakit nan akan ditempuh sebentar lagi.
Sebegitu tekad dia ingin menghabisi nyawanya sendiri.
Lantaran sudah tiada ruang, langit dan udara untuknya untuk terus menjalani hidupnya.

"Wani..."

Nama itu yang terhembus dari mulutnya, Senada dengan hembusan nafasnya.
Anak gadis itu sudah merampas segalanya.
Ya!! anak gadis itu...
Sanggup dia meregut jantung nan satu-satunya dimilikinya. Dihempaskan dan diinjak-injaknya hingga tak tersisa sedikitpun.
Lantas anak gadis dan teman lelaki barunya ketawa berdekah-dekah meningkat langit.
Terus berjalan meninggalkan Helmi nan separuh nyawa menanggung parah kecewa.
Hampir separuh gila dia. Demi anak gadis nan amat dicintainya yang kini tega meninggalkannya dan membuat luka sebegini.


Bahagialah kau hai perempuan.. Bahagialah!
Dan demi kan kau saksikan seorang lelaki nan mati kerana kecantikanmu...
Terkorban kerana cahaya palsu cintamu!!!

Dilulurkan air matanya buat penghabisan.
Genggamannya kian erat. Dan Angin kian melirih. Seakan turut berduka.
Melihat telatah dan kerenah watak manusia ini.

.. Dan tanpa berfikir terlebih lama, Helmi menghirup nafas...Sedalam-dalamnya...
Dipejamkan mata.
Dan dengan kedua-dua kakinya, ia melonjakkan tubuhnya setinggi mungkin untuk dibiarkan jatuh terhempas sehancur mungkin.

HHIIYAAAARGHHHHHH!!!

Melayang tubuh Helmi. Lama.
Deruan angin kian deras di tepi telinga, tapi dipekakkan oleh jeritannya sendiri.
Suara-suara unggas rimba sempat menjengah jua.
Kian laju tubuhnya jatuh.
Laju.....
Dan kini menyinggahi daun-daunan.

Thudd!!

Tiba-tiba....
Tubuh Helmi disambut dahan pohon nan tajam.
Tiba dipipinya.
Mengoyakkan kulit nan melekat disitu... Menampak isi nan memerah.
Dadanya menghentak bahagian dahan lain. Kuat.
Dan Sebahagian kayu mengoyakkan seluar jeans dan terbenam didalam kulit pehanya...

Perih!!!
Ngilu!!!
Sakit!!
Sakittttttttttt!!

Tubuh insan kamil itu terus terjatuh.

Akibat tersanggah di dahan tadi, tubuhnya sedikit berputar.
Kini kepalanya dan menjunam terlebih dahulu.
Dan Helmi sempat melihat dibawahnya ada tunggul nan sedia tertegak, agak terkiri dari laluan jatuhnya.

THUUUUMMPP!!!!

Tubuhnya menjamah tanah.
Kepala sempat terkena tunggul tadi. Mematahkan tulang lehernya.
Mencarik sejumlah kulit kepalanya. Membuakkan darah merah pekat.
Kakinya pula menghempas batu-batu nan ada disekitar situ. Mematahkan tulang-tulang kakinya.
Organ-organ dalamnya ada hancur akibat impak jatuh sebegitu.

Sakit nan amat perit benar-benar menunjangi kepalanya.
Darah kian membuak-buak membasahi mulutnya. Membasahi bajunya nan sudah tercarik-carik.
Terasa sakit nan teramat sakit!!
Tapi Helmi dapat merasakan teramat sakit itu kerana... kerana Helmi masih hidup!!!
Helmi masih bernafas.....

Matanya sudah kabur, dipenuhi dengan darah nan bergenang.
Bukan saja disitu tapi diseluruh tubuhnya.
Helmi takkan mampu bergerak.
Walau seinci pun.
Walau untuk menggerakkan jari kelingkingnya pun.
Menjerit pun dia sudah tak mampu. Mungkin tenggorokkannya juga sudah parah.
Atau sudah hancur juga.
Hanya air mata.... air mata yang masih mengalir

Memandang kosong ke atas....
melintasi pohon-pohon dan dedaunan

Diatas segalanya... Sayup-sayup suara angin melirih dan unggas-unggas rimba kian bernyanyi.

Lagu alam.

No comments:

Post a Comment