Thursday, July 8, 2010

Ada Yang Lebih Tahu



Azhar tumpang kereta Wahid.
Jalan-jalan pusing-pusing.
Dengan menaiki kereta itulah.
Meniti wajah petang nan kian membias.
Suara gelak ketawa gurau tepuk tampar antara mereka kian akrab.
Disulami cerita-cerita nan manis penghias perbualan.
Bahkan ada juga cerita yang sudah berkali berbangkit.
Sengaja disebut.
Untuk menghamparkan lagi hilai ketawa nan melengking.
Tampak begitu mereka ini sahabat.
Sahabat nan `kami ini satu'.


Azan Asar sayup memintas udara petang.
Sayup juga meniti telinga Azhar serta juga Wahid.
Wahid memandang Azhar, Azhar pula tidak membilang waktu membalas pandangan Wahid.
Sama-sama tersenyum.
Kata-kata bicara nan tadinya memenuhi ruangan , terus mati tergeletak dilantai kereta.
Dan kereta kian menghampiri masjid se`wilayah' itu.
Memang masjid itulah.
Azhar keluar dulu.
Wahid agak terkemudian.
Lantaran tutup enjin.
Tutup itu.
Tutup ini.
Terus keluar.
Tanpa sebarang tanda sebagai penyambung bicara terus memasuki perkarangan masjid.

Sedang memasuki ruangan wuduk, Wahid membatas langkah.
Membelakang.
Ada nan tertinggal didalam kereta. Katanya.
Langsung berpusing menuruni tangga nak agak meninggi.
Seakan sampai kereta, Wahid membelok.
Seakan juga bersembunyi.

Tertinjau-tinjau.
Disebalik pohon-pohon nan kian malu diperlakukan sebegitu.
Terus berjalan perlahan menuju ke kedai minum berhampiran.
Duduk dan memesan minuman pada mamak nan tiada pasti islamnya.
Sambil tersenyum dan membilang waktu.
10 Minit lagi.
Mesti kembali ke masjid.
Mesti sama dengan orang lain keluar masjid.

"Ahh!! Mamat tu bukannye tau pun......"


Azhar pula.
Membasuh muka.
Hanya muka.
Dan itu saja.
Terus berdiri.
Berjalan dikalangan orang orang nan kian memenuhi saf.
Tapi Azhar lain.
Dia lebih kebelakang.
Perlahan-lahan.
Kian Menghampiri bilik Siak dan terus hilang dari orang-orang tadi.
Perlahan jua duduk disudut nan tersembunyi.
Duduk menyandarkan badan.
Terdengar suara Qamat.
Azhar cuma senyum dan sedikit mengeluh.
10 minit lagi.
Mesti kembali ke pintu ruang sembahyang.
Mesti sama dengan orang lain keluar masjid.

"Ahh!! Mamat tu bukannye tau pun..............................."



2 comments:

  1. what a fantastic writing ....amazing ...keep it up

    ReplyDelete